- Penilaian sebanyak 3 kali dibuat setahun.
- Instrumen yang diguna: Borang Standard 4 PdP. Borang yang betul perlu diguna kerana wajaran dan skor yang berbeza.
- Peranan cikgu dalam Std.4: Pemudah cara.
- Ada 6 aspek: perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai, murid sebagai pembelajar aktif.
- Ada 4 taraf: cemerlang (85 hingga 100), baik (70 hingga 84.99), sederhana (55.00 hingga 69.99) dan perlu tindakan segera PTS (0 hingga 54.99).
- Perancang: DSKP, RPH, RPT.
- Ada 3 perkara dalam RPH: Objektif, aktiviti, refleksi.
- Denda RM500 sehari bagi setiap hari RPH tidak disediakan.
- Cabaran: macam mana dapat ditunjukkan?
- Cara penulisan objektif: audience, behaviour, condition, degree (ABCD)
- Contoh objektif: 15 dari 25 orang murid dapat menyenaraikan 5 dari 7 kata kerja transitif.
- Contoh Kritiria kejayaan (KK): murid dapat menyebut dan menyenaraikan 5 daripada 7 kata kerja transitif dengan sebutan yang betul.
- Menentukan kaedah pentaksiran: penulisan, lisan, membaca.
- Bagi aspek 4.2: Guru kawal proses & suasana: terangkan objektif dalam bahasa yang mudah fahami. Gunakan teknik yang sesuai untuk aktiviti ikut masa. Pastikan peranan jelas dalam perbincangan kumpulan.
Pn. Siti Syakirah bt. Samsudin
Nazir Sekolah
Jemaah Nazir Negeri Perak
19/3/25