Minit disediakan 》 ditandatang》fotostat / edaran》disimpan dalam fail.
Masalah dengan aliran ini?
- Ada yang mungkin tertinggal.
- Terpaksa balik ke sekolah untuk semak / dapatkan fail.
- Tiada rekod terdahulu untuk dirujuk.
Penggunaan Sistem Penghantaran Minit Mesyuarat
Penggunaan Repositori Minit Mesyuarat.
Kos penyediaan sistem?
Percuma。
Apa perisian / platform yang diguna?
Google Drive。
Laman web sekolah / blog sekolah。
Apa yang akan berubah?
sediakan minit mesyuarat》 tandatangan》isi online form》lampirkan dokumen/ fail》submit/ hantar
Kebaikan perubahan ini?
- Jimatkan kerja sediakan fail setiap tahun.
- Jimatkan kertas fotostat.
- Minit mesyuarat boleh dibaca di mana-mana.
- Selaras dengan usaha dokumentasi secara digital.
- Gunakan ID Google Classroom. Keselamatan dan aliran dokumen dikawal.
- Guru Besar yang sudi berubah.
- Seorang/ sekumpulan peneraju perubahan.
- Guru-guru yang sedia berubah.
Q&A:
Q:Perubahan ini boleh diamalkan bagi urusan surat?
J:Tidak. Hanya untuk urusan dokumen dalaman jabatan sahaja.
Q:Ada halangan untuk imbas dan muat naik dokumen?
J:Gunakan ID dan kata laluan Google Classroom KPM. Boleh gunakan smartphone untuk snapshot dan upload melalui telefon.
Q:Bukankah ini lagi bazir masa?
J:Bandingkan: tidak lagi perlu kemaskini fail kertas, tidak perlu sediakan fail baru, lebih banyak peruntukan beli alatan lain, jimatkan kerja keluarkan dokumen dan arkib dokumen lama, jimat masa semak penghantaran dan fotostat....adakah ini masih bazir masa?
Q:Apa kebaikan untuk guru?
J:Semua dapat / boleh baca minit yang dihantar pada bila-bila masa.
Q:Ini mungkin mendatangkan tekanan?
J:Kebaikan jauh lebih banyak dari tekanan yang ada.
Q:Penghantar ada salinan?
J:Penghantar minit mesyuarat ada sesalinan dokumen dalam emel.
Q:Kebaikan dari segi pentadbiran?
J:Memudahkan semakan dan pengurusan rekod.
Q:Apa yang perlu disediakan?
J:telefon pintar(tangkap gambar)/pengimbas dokumen(imbas dokumen),ID & kata laluan Google Classroom KPM
Klik sini untuk layari contoh hantar minit.
Klik sini untuk cuba tengok hasil penghantaran.
No comments:
Post a Comment